Selamat Datang Ke Laman Rasmi Syed Akmal Photowork

Photo by Artem Bali on Unsplash

Hai,

Selamat datang ke laman rasmi fotografi saya.

Saya bina laman ini untuk merekodkan apa yang saya belajar tentang fotografi, mempamerkan hasil seni fotografi dan berkongsi ilmu tentang fotografi dengan anda semua.

Terdapat banyak artikel dan ilmu di internet tentang fotografi. Jadi, laman ini akan saya jadikan tempat untuk menyusun ilmu-ilmu tersebut. Macam buku nota, begitu. Untuk saya dan secara tidak langsung untuk anda juga kerana apa guna ilmu kalau tidak dikongsi. Betul tak?

Ilmu kalau tidak diperaktikkan, tidak kemana juga. Jadi, untuk memantau atau melihat sejauh mana saya boleh berkembang dalam fotografi, saya akan kongsikan hasil fotografi itu didalam laman ini. Anda bebas untuk mengkritik, memberi cadangan dan jika anda rasa ia akan memberi manfaat untuk orang lain, anda bolehlah kongsikannya.

Terima kasih kerana meluangkan masa disini.
Jadi, kalau ada apa yang yang dikata, tulislah komen anda diruangan bawah ini.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *