Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi – Episod 3

Photo by Bernard Hermant on Unsplash

Bagaimana dengan episod-episod lepas dalam siri ‘Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi’? Kalau sebelum ini kita bercakap tentang sebab, cabaran dan mencabar diri, kali ini saya nak kongsikan pula salah satu cabang fotografi yang boleh membangkitkan semangat kita semula dalam fotografi. Tetapi sebelum itu, jika anda ingin baca kembali artikel-artikel lepas, bolehlah klik pautan dibawah:

Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi – Episod 1
Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi – Episod 2

Baiklah, secara ringkasnya terdapat banyak kategori-kategori atau dalam erti kata lain bidang-bidang pengkhususan dalam fotografi ini. Ya, sepertimana bidang lain, fotografi juga ada pelbagai jenis atau kategori. Ada fotografi lanskap, potret, produk, makanan, dan lain-lain lagi. Ada satu kategori yang menggabungkan pelbagai cabang fotografi ini membentuk satu lagi kategori iaitu fotografi stok(stock photography). Jadi bagi saya, salah satu cara untuk kembali semangat dalam fotografi ini ialah buat fotografi stok.

4. Buat fotografi stok.

Apa benda la fotografi stok ni?

Secara mudahnya fotografi stok ini ialah mengambil gambar untuk tujuan dijual. Untuk siapa sahaja yang berminat menggunakan gambar tersebut buat tujuan tertentu. Saya akan cuba kupas dengan lebih mendalam topik fotografi stok ini dalam artikel akan datang.

Terdapat pelbagai agensi yang menyediakan platform untuk jurufoto-jurufoto memuat naik hasil karya mereka. Antaranya ShutterStock, iStockPhoto, GettyImages dan EyeEm.

https://www.shutterstock.com/image-photo/text-displaying-sentence-that-says-my-620079476

Lihat di ShutterStock

Disebabkan laman-laman tersebut dikawalselia oleh pihak tertentu, tidak semua gambar yang dimuatnaik akan dipilih untuk dijual. Semua gambar akan melalui proses pemilihan(review).

Bagi saya, yang menarik dalam fotografi stok ini ialah apabila gambar anda diterima masuk dalam pasaran(market). Dalam erti kata lain, diterima dan layak untuk dijual. Yang menjadi cabaran ialah proses pemilihan. Proses pemilihan dan penerimaan inilah yang membuatkan saya lebih semangat untuk ambil gambar-gambar cantik dan berkualiti(dari segi teknikal dan artistik).

Mana tidaknya. Ada gambar yang kita muat naik, akan ditolak. Jangan bimbang, tidak semua akan ditolak dan kita boleh sentiasa memuat naik gambar yang lain. Kebiasaannya, agensi-agensi fotografi stok ini akan menyatakan sebab-sebab kenapa satu-satu gambar tersebut ditolak. Ini memudahkan kita untuk perbaiki kesilapan tersebut untuk masa akan datang.

Itu kalau ditolak(reject). Kalau diterima pula, alangkah puasnya rasa hati. Apatah lagi apabila melihat hasil kerja kita itu dibeli oleh pembeli melalui agensi tersebut. Dibawah contoh-contoh gambar-gambar saya yang dalam jualan sekarang. Perhatikan harga-harga yang terpapar.

Capture

Lihat di GettyImages

https://www.eyeem.com/p/125721630

Lihat di EyeEm

Menarik, bukan?

Kesimpulan

Baiklah, kita sudah dipenghujung siri kali ini. Kita sudah lihat dan bincang beberapa cara atau tindakan yang kita boleh buat untuk kita kembali semangat dalam fotografi. Perkara ini berlaku kepada saya dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada anda juga.
Berikut 4 cara yang kita sudah bincangkan:

  1. Tengok gambar-gambar terbaik anda
  2. Menyertai cabaran fotografi
  3. Menyertai pertandingan fotografi
  4. Buat fotografi stock

Tetapi ia tidak terbatas kepada 4 perkara diatas sahaja. Ada banyak lagi langkah yang boleh diambil seperti membeli lensa kamera yang baru, melihat gambar-gambar jurufoto-jurufoto yang lain di media sosial atau membaca tentang artikel fotografi (di internet mahupun majalah). Seperti yang anda lakukan sekarang 🙂

Ingat, Jangan Berhenti Berkarya.

Sekian.
– Syed Akmal –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *