Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi – Episod 2

Photo by Rosie Kerr on Unsplash

Hai,

Ini episod 2 dalam siri ‘Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi’. Dalam episod 1, saya cakap tentang kenapa saya buat fotografi, latar belakang masalah yang dihadapi dan langkah pertama dalam proses untuk kembali semangat dalam fotografi. Sekiranya anda belum baca lagi artikel tersebut atau mahu tengok semula, anda bolehlah ke Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi – Episod 1

2. Menyertai Cabaran Fotografi

Antara sebab-sebab kita tiba-tiba rasa tiada semangat untuk buat sesuatu ialah kerana tiada idea. Rasa ‘blank’. “Gambar yang macam mana lagi aku mahu ambil? Semua dah cuba.”

Masa mula-mula saya buat fotografi, saya juga ada soalan yang hampir sama. “Gambar apa nak ambil?” Setelah membuat sedikit carian di Internet, saya menemui ’52 weeks photography challenge’ daripada Dogwood Photography https://dogwood.photography/52weekchallenge2018.html.

Setiap minggu kita diberi tajuk gambar yang perlu diambil untuk minggu tersebut. Seolah-olah kita diberi idea setiap minggu. Caranya amat mudah. Tengok dan fahami tajuk. Ambil gambar. Dan kongsikan dilaman-laman sosial kegemaran anda. Untuk ‘Dogwood 52 Weeks Photography Challenge’, anda bolehlah menggunakan hastag #dogwood52, #dogwood2018, #dogwoodweek[NUMBER] (ex: #dogwoodweek1, #dogwoodweek2).

Bila anda kongsikan gambar yang sudah diambil menggukanan hastag-hastag tersebut, semua orang yang menyertai cabaran ini boleh menghargai hasil karya anda. Anda boleh dapat ‘like’ dan ‘comment’. Secara tidak langsung membangkitkan semangat anda semula dalam seni fotografi.

Bercakap tentang cabaran fotografi, kalaulah kita ada cabaran fotografi sendiri, kan menarik. Tidak mengapa, nanti saya sediakan ‘Cabaran 52 Minggu Syed Akmal Photowork’. Kita buat sama-sama 😀

 

3. Menyertai Pertandingan Fotografi

Masih lagi dalam tema cabaran. Sebagai contoh, kita sudah berlatih lama. Kita dah tahu sangat selok-belok apa yang kita buat itu. Mungkin sebab itu juga kita rasa cepat bosan. Apa kata kita masuk pertandingan? Dalam hal ini, pertandingan fotografi. Cuba kita cabar diri kita untuk bertanding dengan jurufoto-jurufoto yang lain, baik professional mahupun amatur.
Jadikan pertandingan ini sebagai sebab untuk kita menjadi jurufoto yang lebih baik.

Ketika artikel ini ditulis. Ada sebuah pertandingan fotografi anjuran Perbadanan Putrajaya.

Pertandingan berlangsung dari 22 Mei sehingga 1 September 2018. Anda masih ada masa!
Kategori yang dipertandingkan:
– Nature (Alam Semulajadi)
– Lifestyle (Gaya Hidup)
– Short Video (Video Pendek)

Saya sudah sertai pertandingan tahun lepas. Betul tu, ini adalah acara tahunan. Setiap tahun ada. Jadi, jika tidak menang, cuba lagi tahun-tahun seterusnya.

 

Jadi, teruskan mencabar diri anda. Saya ada satu lagi cara untuk meletakkan sebab kenapa kita jangan berhenti berkarya dalam fotografi. Jumpa disiri terakhir ‘Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi’

Sekian,

– Syed Akmal –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *