Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi – Episod 1

Gambar: Majlis Perkahwinan Mahmud & Ain 2017, Segamat, Johor

Hai,

Hari ini saya nak buat sedikit pengakuan.

Sebelum ini, saya mengalami keadaan pengalaman dimana saya tidak berapa semangat dalam fotografi, orang putih kata ‘stuck in a rut’.
Tak tahu nak ambil gambar apa. Kalau jumpa situasi-situasi yang yang cantik untuk dirakam, tidak mahu mengangkat kamera untuk diambil gambar tersebut. Kadang-kadang, kamera selalu dibawa, tetapi tidak digunakan. Sebab? Tiada semangat(mood) untuk ambil gambar. Minat masih ada, tetapi terasa kehilangan sesuatu. Daripada saya duduk termenung, lebih baik saya bertindak.

Saya mula mencari jalan penyelesaian. Cari di internet. Tengok pengalaman orang lain. Dan ini yang saya jumpa.

1. Tengok gambar-gambar terbaik anda

Adakah anda masih ingat sewaktu anda mula-mula melibatkan diri dalam fotografi? Jika ingat, adakah anda masih ingat kenapa anda nak buat fotografi? Kadang-kadang, kita tidak perlu cari jauh kenapa kita rasa hilang semangat itu. Ia mungkin ada dalam diri kita.

Cuba buka semula gambar-gambar yang terbaik pernah anda ambil. Teliti gambar tersebut dan beritahu diri anda kenapa anda suka dengan gambar tersebut. Pasti anda akan rasa kembali perasaan membuak-buak untuk menangkap gambar seperti itu lagi.

Secara peribadi, bila saya tengok balik gambar-gambar yang saya ambil, kadang-kadang saya tidak percaya bahawa saya yang ambil gambar tersebut. Pada masa itu, saya tidak memikirkan apa-apa selain mahu menangkap gambar terbaik. Dengan fotografi, kita dapat membekukan(freeze) situasi(moment). Ini antara sebab saya libatkan diri dalam fotografi.

Saya berlatar belakang kejuruteraaan(IT). Biasanya orang seperti ini suka dengan bagaimana sesuatu perkara itu berlaku(engineering/technical behind it). Bagi saya pula, saya suka tengok gambar yang cantik dan efek filem/video yang menarik. Jadi, saya juga minat sangat-sangat nak tahu bagaimana gambar/video/filem yang bagus-bagus ini terhasil. Lebih-lebih lagi secara teknikalnya.

Jadi, jangan susah hati. Kalau ‘down’, tengok balik hasil kerja anda yang lalu, pasti anda dapat jawapannya.

Untuk cara-cara seterusnya, kita sambung ke episod seterusnya.

Sekian,

– Syed Akmal –

1 thought on “Cara Untuk Kembali Semangat Dalam Fotografi – Episod 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *